Sunday, February 8, 2009

ensiklopedia air tawar-bujuk

Bujuk-Channa lucius

spesis kepala ular yang cantik dengan warna yang perang gelap disertai tompokan kecil kehitaman menhiasi sisi menambah seri spesis ini...

1- habitat...
biasanya mendiami kawasan paya yang cuaca agak gelap dan airnya jernih..
lebih gemar bersembunyi dan mencari makan di kawasan berumpai dan suasana agak sunyi..

2- diet..
anak ikan terutama yang bersisik putih menjadi kegemaran utama.. paling berkesan menggunakan anak tebal sisik sebagai umpan tajul atau memancing ibu yang beranak kecil
udang juga makanan utama yang digemari spesis ini.. bagi teknik bottom ataupun cara tradisional menggunakan batang bertam, umpan udang jarang mengecewakan..
kelkatu merupakan serangga yang agak efektif untuk spesis ini.. anak kelkatu yang masih putih lebih digemari berbanding yang sudah hitam dan bersayap..

3- keluarga
spesis ini biasanya hidup berpasang pasangan.. biasanya si ibu lebih kecil dan si bapa lebih besar.
kadangkala saiz bapa mencapai 2- 3 kali ganda saiz ibu..

4- kedudukan ibu bapa ketika mengasuh anak..
si ibu biasanya akan berada betul2 dibawah anak manakala bapa biasanya berkawal diantara 0.5m - 2m dari kawasan anak timbul..
spesis ini paling agresif ketika anak kecil.. dan mudah dipancing.. tetapi spesis ini sangat peka terhadap bunyi bising persekitaran... kocakan air selalunya menyebabkan si ibu membawa anak jauh dari kawasan asal.. ibu juga susah untuk menyambar umpan jika kita membuat bunyi bising..

5.cara mengenal riak anak

bujuk dapat dikenalpasti dan dibezakan dengan anak haruan walaupun kawasan anak bermain jaraknya 10 - 20 meter dari kita..
anak bujuk jenis yang timbul berkumpulan di satu tempat kecil berbanding haruan yang berselerak di permukaan air.
anak bujuk akan timbul sekali sekala dan tenggelam kembali.. ia mengambil masa lebuh kurang 10-15 saat untuk timbul semula... berbanding anak harian yang sentiasa bermain di permukaan.
anak bujuk juga peka dengan keadaan sekitar... jika menyedari ada ancaman, anak bujuk akan terus tenggelam dan timbul di tempat lain yang jauh dari tempat asal
warnanya putih kekuningan disertai jalur hitam di tengah-tengahnya.

6. cara memancing
bagi pengail yang berpengalaman memancing bujuk bukan satu perkara besar kerana teknik yang sesuai memudahkan spesis ini dipancing.. biasanya pemburu bujuk akan memancing si bapa terdahulu kemudian baru menjadikan ibu sebagai sasaran. ini kerana si ibu sentiasa dibawah anak dan mudah dikesan

untuk memancing ibu, hanya perlu melabuhkan umpan betul-betul di tempat anak timbul..
tetapi untuk memancing si bapa, kita perlu memerhati kedudukannya terlebih dahulu..
caranya ialah dengan mengesan buih yang dilepaskan sekali sekala dalam kawasan permainannya iaitu 0.5 - 2meter dari anak.

anak ikan menjadi umpan yang paling efektif dalam keadaan ini.. mungkin kerana merasakan ancaman kepada anak anak mereka kot..
jika kawasan timbul anak jauh dari kawasan lapang, kita hanya perlu mencari lubang yang boleh diletakkan umpan.. sebaiknya dipicit anak udang hingga hancur pada mata kail dan dicangkuk anak ikan biar kena pada tulang supaya anak ikan tidak dapat bergerak terlalu aktif.
biasanya spesis ini akan tertarik dengan bau udang yang dikeluarkan dan akan datang ke tempat kita melabuhkan umpan..

bagi orang kampung, rod buatan sendiri menggunakan buluh panjang paling digemari kerana ianya memudahkan kite menghulur umpan dan hujungnya agak keras disesuaikan dengan tali 40-60lbs.. perambut biasanya menggunakan tali sulam yang agak kasar bagi mengelakkan terputus akibat geseran giginya yang tajam...

7. isi
isinya dikatakan manis dan lebih enak berbanding haruan.. tetapi berbisa untuk individu yang mesti berpantang makanan.
tidak digalakkan untuk perempuan baru melahirkan anak, individu yang baru menjalani pembedahan, luka parah, dan bagi yang mempunyai penyakit dalaman.. (semua ini adalah petua dan amalan orang kampung. saya sendiri tidak pasti sejauh mana kesahihannya..)

sekian..

No comments:

Post a Comment